Monday, September 21, 2009

Happy Eid



selamat hari raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...

Friday, September 18, 2009

Horoscope

Gemini Horoscope for September 18, 2009


This is an excellent time to be out and about. There are significant opportunities to make connections, exchange information, and to learn something through a meeting or chance encounter. Emails, phone calls, and conversations that you initiate are productive at this time.
Wellness:


31%
Intellect:


93%
Love:


30%
Emotions:


4%
Intuition:


37%
Creativity:


33%
Work:


95%
Money:


21%Power Numbers: 28, 24, 33, 27, 22, 49 Born Today: Samuel Johnson, Greta Garbo, Agnes De Mille, Carl Stoddard, Lance Armstrong, Jada Pinkett Smith

Gemini Love Horoscope
This is a very pleasant time for you. You have a need to escape the hustle and bustle of daily life, relax, and collect yourself. Taking a stroll through the woods, visiting a beautiful lake, mountain retreat, or beach appeals to you now, even more so if you take along someone special. You also enjoy casual activities and visiting friends.

Puasa

Salam Ingatan tulus ikhlas bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia yang sedang mejalani ibadah puasa dalam bulan yang cukup mulia iaitu bulan Ramadhan. Syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk mejalani ibadah tersebut.
Ni nak cerita sikit pasal pengalaman berpuasa di negeri orang untuk tahun yang keduanya. memang tidak dapat dinafikan memang kebanyakan individu yang bukan berasal dari Sabah mengalami masalah dalam menyasuaikan diri mengenai makanan yang terdapat di negeri ini terutamanya pelajar tahun pertama yang selalu merungut mengenai makanan yang tidak sesuai dengan selera mereka.
Di sini saya ada satu nasihat untuk adik-adik baru, inilah sebenarnya peluang kepada kita untuk merasai masakan dan makanan di tempat orang. insyallah ia akan menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup kita semua.

Saturday, September 12, 2009

KOSMO OH KOSMO


Lama sudah rasanya aku tidak buka blog ini gara-gara internet yang lembab kat UMS. time tu aku da siap taip dua cerita untuk dimuatkan dalam blog ini tetapi internet punya hal semua yang aku taip tu hilang entah kemana sedih pun ada, nak marah pun ada masa tu tapi sabar je la.

Ni nak cerita balik pasal cerita yang hilang hari tu, cerita pasal kosmo varsiti futsal yang diadakan di UMS. universiti la lain pun ada jugak tapi tu hal diorang tak payah nak cerita. tujuan kosmo varsiti futsal ini dianjurkan adalah untuk memilih pasukan yang akan mewakili UMS ke Kuala Lumpur untuk grand final bagi menentang universiti lain.

jom cerita masa hari pertandingan, pada hari tu pasukan Budaya FC telah menyewa aku dengan kontrak yang tak seberapa tapi tak pe la sebab diorang budak-budak first year jadi dengan hati yang terbuka aku terima.lagipun kalau dilihat dari semangat diorang memang berkobar-kobar mungkin ni kali pertama diorang dapat join aktiviti yang dianjurkan oleh UMS.

Dalam pengundian Budaya FC telah diundi dalam kumpulan A. pada mulanya aku amat terkujut juga sebab semua team dalam kumpulan tersebut kuat-kuat belaka.untuk perlawanan pertama Budaya FC VS Jig's FC. nak dijadikan cerita pagi tu aku bangun lewat diorg da call banyak kali aku pun bergegas hidupkan enjin kereta untuk kesana. sampai je disana diorg tengah lawan jadi aku yang masih lagi mcm org blur kerana baru bangun tidur dimasukkan separuh masa kedua. aku tidak dapat main dengan elok pada masa tu jadi kitorg kalah 2-1 untuk first game. aku memang tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk team ni pada mulanya. tapi nasib Budaya FC berubah selepas perlawanan tu. kami menang semua perlawanan selepas itu. Untuk final Budaya FC sekali lagi menentang Jig's FC. Kali ni aku main dengan penuh semangat sebab aku tak suka untuk kalah kali kedua untuk pasukan yang sama. time final tu kitaorg telah menang dengan argregat 4-0 dan yang paling manis dalam final tu aku telah menjaringkan hatrik dan dinobatkan pemain terbaik..

Selepas Penyampaian Hadiah

Budaya FC nyer team







Wednesday, August 5, 2009

Penting ni tau!!!

ISLAMIC CALENDAR 1430H (2009)



1 Safar 1430 28 Jan 2009 Rabu / Wednesday

1 Rabiulawal 1430 26 Feb 2009 Khamis / Thursday

1 Rabiulakhir 1430 28 Mac 2009 Sabtu / Saturday

1 Jamadilawal 1430 27 April 2009 Isnin / Monday

1 Jamadilakhir 1430 26 May 2009 Selasa / Tuesday

1 Rejab 1430 24 June 2009 Rabu / Wednesday

1 Syaaban 1430 23 July 2009 Khamis / Thursday

1 Ramadhan 1430 22 Aug 2009 Sabtu / Saturday

1 Syawal 1430 20 Sept 2009 Ahad / Sunday

1 Zulkaedah 1430 20 Oct 2009 Selasa / Tuesday

1 Zulhijjah 1430 18 Nov 2009 Rabu / Wednesday

1 Muharram 1431 18 Dec 2009 Jumaat / Friday




ISLAMIC EVENTS (1430/2009)


Prophet Muhammad’s Birthday 12 Rabiulawal 1430 9 Mar 2009

Israk Mikraj 27 Rejab 1430 20 Jul 2009

Nisfu Syaaban 15 Syaaban 1430 6 Aug 2009

Beginning of Fasting (1430H) 1 Ramadan 1430 22 Aug 2009

Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1430 7 Sep 2009

Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1430 20 Sep 2009

Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1430 27 Nov 2009

Islamic New Year (1431H) 1 Muharram 1431 18 Dec 2009

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t…


Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Syaaban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban'. Adapun malam Nisfu Syaaban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majjah, maksudnya:

"Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wataala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing Kabilah Bani Kalib".

Di samping itu wahai kaum Muslimin, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wataala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa".

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam



Tuesday, August 4, 2009

Lagi-lagi H1N1

Hish..berminggu-minggu sudah kita digemparkan dengan serangan wabak selesema babi atau lebih elok digelar sebagai H1N1. Apakah sebenarnya punca dan dari manakah ia berasal? Sedar atau tidak sebenarnya kita sebagai manusia di dunia sebenarnya sedang diuji oleh pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Sebenarnya, bukan sahaja wabak yang kita geruni pada masa kini sahaja yang telah melanda kita semua di dunia ini tetapi kita pernah dilanda dengan pelbagai peristiwa yang dashyat seperti Tsunami, Taufan dan pelbagai peristiwa pelik yang sudah pasti tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas. Sebagai manusia yang hidup berasaskan udara, adakah kita sedar bahawasnya semua ini adalah satu peringatan daripada yang maha pencipta kepada kita semua penghuni dunia yang sementara ini supaya tidak lupa kepadaNya dan menjaga tingkah laku kerana apa yang kita lihat pada hari ini,manusia semakin hari semakin lalai dan jauh dari melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Ingatkah kita akan peristiwa kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah S.W.T kerana kelalaian dan keangkuhan mereka. Kita sepatutnya bersyukur kerana menjadi umat nabi Muhammad s.a.w kerana berkat kerasulanNya kita tidak dihukum oleh Allah S.W.T sebagaimana kaum-kaum terdahulu. Apa yang saya amati pada masa kita umat manusia khususnya umat islam hidup berpecah belah dan saling bermusuh-musuhan antara satu sama lain dalam ertikata lain hidup berpacah belah dan kembali berpuak-puak sebagaimana zaman jahiliah dahulu. Jadi, sebagai umat manusia khususnya umat islam kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnnya laksanakan apa yang diperintahkan dan banyakkan berdoa agar dijauhkan segala bala bencana supaya seluruh umat manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai..Insyallah.
Cinta Arjuna © 2008 Template by:
SkinCorner