Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa jua yang sudi menjenguk blog saya yang baru saja dibentuk..untuk pengetahuan semua ini adalah hasil nurkilan pertama dari saya untuk blog yang sedang dan dalam proses pembikinan..pada malam yang cukup indah lagi permai ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak dengan rakan-rakan mengenai beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa sekarang. Sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) dari Universiti Malaysia Sabah saya cukup berbangga kerana menjadi seorang rakyat Malaysia. "Satu Malaysia" itulah yang sering kita dengar di seluruh pelusuk negara tapi persoalannya adakah kita sebagai rakyat yang mempunyai semangat petriotisme yang tinggi memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan slogan Satu Malaysia yang sering kita laungkan. Bagi saya slogan tersebut sebenarnya memberi erti kepada kita setiap kaum dan suku yang ada di Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya adalah sama yang dibentuk berteraskan satu prinsip iaitu "Rukun Negara". Sedarkah kita bahawasanya prinsip yang kita pegang ini membantu kita mencapai apa yang kita kecapi sekarang ini iaitu keteguhan dari segi aspek perpaduan, kematangan dari segi kestabilan politik dan keunggulan dalam semua bidang yang kita ceburi.
AKU & TANGANKU
3 weeks ago


0 comments:
Post a Comment