Tuesday, August 4, 2009

Lagi-lagi H1N1

Hish..berminggu-minggu sudah kita digemparkan dengan serangan wabak selesema babi atau lebih elok digelar sebagai H1N1. Apakah sebenarnya punca dan dari manakah ia berasal? Sedar atau tidak sebenarnya kita sebagai manusia di dunia sebenarnya sedang diuji oleh pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Sebenarnya, bukan sahaja wabak yang kita geruni pada masa kini sahaja yang telah melanda kita semua di dunia ini tetapi kita pernah dilanda dengan pelbagai peristiwa yang dashyat seperti Tsunami, Taufan dan pelbagai peristiwa pelik yang sudah pasti tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas. Sebagai manusia yang hidup berasaskan udara, adakah kita sedar bahawasnya semua ini adalah satu peringatan daripada yang maha pencipta kepada kita semua penghuni dunia yang sementara ini supaya tidak lupa kepadaNya dan menjaga tingkah laku kerana apa yang kita lihat pada hari ini,manusia semakin hari semakin lalai dan jauh dari melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Ingatkah kita akan peristiwa kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah S.W.T kerana kelalaian dan keangkuhan mereka. Kita sepatutnya bersyukur kerana menjadi umat nabi Muhammad s.a.w kerana berkat kerasulanNya kita tidak dihukum oleh Allah S.W.T sebagaimana kaum-kaum terdahulu. Apa yang saya amati pada masa kita umat manusia khususnya umat islam hidup berpecah belah dan saling bermusuh-musuhan antara satu sama lain dalam ertikata lain hidup berpacah belah dan kembali berpuak-puak sebagaimana zaman jahiliah dahulu. Jadi, sebagai umat manusia khususnya umat islam kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnnya laksanakan apa yang diperintahkan dan banyakkan berdoa agar dijauhkan segala bala bencana supaya seluruh umat manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai..Insyallah.

0 comments:

Post a Comment

Cinta Arjuna © 2008 Template by:
SkinCorner